Print My Heart

Thursday, October 06, 2005

Funny Funny...

This is very interesting.
This is a good joke in Bahasa Melayu!

Murid-murid : Selamat Pagi, Cikgu.
Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja ?
Petang dan Malam awak semua doakan saya tak selamat?
Murid-murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!
Cikgu : Panjang sangat ! Tak pernah dibuat oleh orang !
Kata Selamat Sejahtera ! Senang dan penuh bermakna !
Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan!
Murid-murid : Selamat sejahtera, Cikgu!
Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak menguji kamu semua tentang
perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataanya, kamu semua mesti menjawap dengan
cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
Murid-murid : Faham Cikgu!
Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan!
Murid-murid : (Senyap)
Cikgu : Pandai !
Murid-murid : Bodoh !
Cikgu : Tinggi !
Murid-murid : Rendah !
Cikgu : Jauh !
Murid-murid : Dekat !
Cikgu : Keadilan !
Murid-murid : UMNO !
Cikgu : Salah !
Murid-murid : Betul !
Cikgu : Bodoh !
Murid-murid : Pandai !
Cikgu : Bukan !
Murid-murid : Ya !
Cikgu : Oh Tuhan !
Murid-murid : Oh Hamba !
Cikgu : Diam !
Murid-murid : Bising !
Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid-murid : Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu : Mati Aku !
Murid-murid : Hidup kami !
Cikgu : Rotan baru tau !
Murid-murid : Akar lama tak tau !
Cikgu : Malas aku ajar Kamu !
Murid-murid : Rajin kami belajar cikgu!Cikgu : Kamu gila !
Murid-murid : Kami siuman !
Cikgu : Cukup ! Cukup !
Murid-murid : Kurang ! Kurang !
Cikgu : Sudah ! Sudah !
Murid-murid : Belum ! Belum !
Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid-murid : Sebab saya seorang yg pandai !
Cikgu : Oh melawan !
Murid-murid : Oh mengalah !
Cikgu : Kurang ajar !
Murid-murid : Cukup ajar !Cikgu : Habis aku !
Murid-murid : Kekal kami !
Cikgu : O. K. Pelajaran sudah habis !
Murid-murid : K.O. Pelajaran belum bermula !Cikgu : Sudah bodoh !
Murid-murid : Belum pandai !Cikgu : Berdiri !
Murid-murid : Duduk !Cikgu : Saya kata UMNO salah !
Murid-murid : Kami dergar KEADILAN betul !Cikgu : Bangang kamu ni !
Murid-murid : Cerdik kami itu !
Cikgu : Rosak !
Murid-murid : Baik !
Cikgu : Kamu semua ditahan sampai tengah hari ini !
Murid-murid : Kami dilepaskan sampai tengah malam !Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar )

Sebentar kemudain, loceng pun berdering.
Murid-murid berasa lega sebab guru yang paling ditakuti oleh mereka
telah keluar. Walau bagaimana pun, mereka merasa bangga kerana
dapat menjawap kesemua soalan cikgu tadi, tetapi esok masih ada!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home